ketahuilah syam.........
Saat kau mengenal cinta dan ada tawa suka cita serta senyum ceria maka itulah cinta……
saat kau mengenal cinta dan air mata bersamanya, baik air mata syukur saat bahagia menyapa ataupun air mata sabar saat duka melanda, maka itulah cinta
namun saat kau mengenal cinta dan derita ada dibelakangnya maka hati-hati dan tanyakan kembali apakah itu cinta atau hanya nafsu syahwat belaka
Friday, 5 August 2011
Thursday, 4 August 2011
AMALAN TERBAIK DALAM KEHIDUPAN............
1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
11. Nabi tidak pernah mencela mak ana n. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Mus lim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalazii m) tiga kali- Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al- Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalazi im) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (ker ana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin ker ana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.
IMAN.............
Iman seperti pohon yang mempunyai 7 dahan...
· Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
· Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.
· Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatangi solat berjamaah.
· Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.
· Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.
· Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.
· Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.
Wednesday, 3 August 2011
PUTARAN KEHIDUPAN......
Setiap kali kita mengangkat kaki melangkah ke hadapan, setiap kali itu jugalah kita akan meninggalkan satu kesan tapak kaki dibelakang. Itulah kehidupan, korbankan apa yang ada di tangan untuk mendapatkan apa yang diimpikan. You have to pay for everything you want.
Kadang-kadang, kita terlalu sayang untuk mengorbankan apa yang kita ada demi sesuatu yang baru. Namun, putaran kehidupan serta fitrah alam memaksa diri untuk melepaskan sesuatu pergi dari hidup ini demi menerima sesuatu yang baru. Putaran ini akan berulang dan terus berulang bersama berlalunya usia, cuma hadir dalam bentuk berbeza.
Kita seharusnya akur, apa sahaja yang ada disekeliling saat ini adalah bersifat sementara. Segala yang ada dikiri dan kanan, sama ada bernyawa atau tidak, sedang menunggu saatnya untuk beralih dari kehidupan kita. Kita juga begitu, sedang menunggu saat beralih ke dunia tidak bernoktah.
Dek kerana sifat sementara yang ada pada setiap ciptaan itu, belajarlah untuk menghargai segala yang kita masih ada. Tapi sayangnya, manusia ini mudah lupa. Lupa untuk menghargai apa yang dekat dengannya, namun bila yang dekat dan selalu ada itu hilang, baru hendak melatah tidak keruan, menyesal tak berkesudahan. Kadang-kala, enggan pula melepaskan hak milik sementara itu pergi. Bersedih hati laksana dunia sudah dihujungnya disaat apa sahaja yang disayangi sudah tiada lagi. Itu sifat semua benda, sementara! Belajarlah untuk menerimanya.
Ingatkanlah diri, segalanya pasti akan pergi. Syukurilah nikmat yang kita ada kerana kita tidak tahu bila nikmat berganti bencana. Hargailah setiap insan yang ada di sisi kerana kita juga tidak tahu, siapa antara kita yang akan pergi dahulu. Dan andai ada insan-insan yang bermakna ingin melangkah jauh ke hujung bumi, lepaskanlah dengan rela hati. Cukuplah sekadar dikenang dalam lipatan memori, kerana setiap insan yang pernah hadir dalam hidupmu pasti akan meninggalkan secalit warna kenangan dalam kanvas lukisan kehidupan. Tidak perlu untuk dipadam. Calitan itu kelak akan menjadi pedoman. Usah ditangisi insan yang ingin pergi, kerana yang baru akan datang mengganti
membawa adunan warna yang lebih beerti. Jangan khuatir pada ketentuan Ilahi kerana setiap takdir Tuhan ada rahmat yang tersembunyi.
Yang penting, hargailah apa sahaja yang ada disisi saat ini, sebelum ia pergi tak kembali…
…rupanya, Dia hilangkan kaca untuk kudapatkan permata..

KASIH IBU BAWA KE SYURGA, KASIH ISTERI TENANG DI JIWA......
Salam,
Hati belum mengerti mengapa perasaan sayu tika bertolak pulang ke rumah hari itu? Sayup dilihat si Ibu mengesat air mata memerhatikan nun anaknya pulang menunaikan tanggungjawab diperantauan.
Dikala itu si isteri mula terasa.Duka nestapa melihat si dia.Kasih dan pilu melihat tersiksa.
Hati belum mengerti mengapa perasaan sayu tika bertolak pulang ke rumah hari itu? Sayup dilihat si Ibu mengesat air mata memerhatikan nun anaknya pulang menunaikan tanggungjawab diperantauan.
“Hai, hati kenapa menangis? Bukankah ini ketentuan ilahi? Adakah daku tidak pasrah dengan pemergian ini?” Bisik hati si Ibu.Si ibu cuba mententeramkan hati nan rindu ini.
“Anakku, jangan dilupa ya jalan pulangmu ini. Inilah rumahmu. Disinilah dikau dilahirkan, ditatang,dibelai,disusui,didodoi dan lain lagi.Si anak meluncur laju membelah angin. Didalam hati siapa yang tahu.Gundah gulana memendam rindu.
Anakku, jangan alpa dengan perintah ilahi. Jauhi segala yang dilarangi.”
“Sedih hatiku oh ibu. Dikaulah ibu,dikaulah sahabat,dikau jugalah bank dan penggerak diri. Siapalah daku tanpa dirimu”Si anak memejam mata mengubat hati nan lara.
Dikala itu si isteri mula terasa.Duka nestapa melihat si dia.Kasih dan pilu melihat tersiksa.
“Duhai raja ku, jangan begitu.Diikat kita supaya bersama.Jangan dipendam hati yang lara.Luahkan pada dinda yang setia.Insya Allah dipermudah bersama.Baru sekarang tenang rasa hati ini.Melihat diri yang mula merindui ke Yang Maha Esa. Agar diperkenan taubat Nasuha.Ampunilah diri ku ini, ibubapaku, isteriku, anakku, keluargaku,muslimin muslimat…
Duhai suami ku yang penyayang, jangan begitu.Tidur kita dikatil yang sama.Biar mimpi kita serupa.Banyak2 lah berdoa agar dilega. Insya Allah semuanya ditunai Yang Maha Esa.
Duhai ayah kepada anakku,jangan begitu.Inilah ia janji setia. Susah dan senang biar bersama.Agar kiri dan kanan tetap bersatu.”
“Allahummaghfirli zunibi waliwalidaiyya warhamhuma kama rabbayani soghira”
Tuesday, 2 August 2011
KETAHUILAH ANAK-ANAK AYAH
Bila embun pertama menyatukan kedinginan,
Ingatlah ayah yang berdendam dengan impian.
Bila kokok bersatu menyambut pagi,
Ingatlah ayah yang menjerit memanggil rezeki.
Bila sinar pertama jatuh di laman mainan,
Ingatlah ayah yang leka menyusun perjuangan.
Bila matahari mula membakar hangat,
Ingatlah ayah yang hangus dalam semangat.
Bila fajar berlabuh mengakhiri senja,
Ingatlah ayah yang larut dalam kembara.
Bila kau lihat bulan penuh di langit malam,
Ingatlah ayah yang sentiasa mencintai dan merindui kalian…
Keletihan ayah dan ibu terubat apabila melihat kejayaan
anak-anak ayah menguasai ilmu dunia dan akhirat.........
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.......

SEMENTARA ADA, BIAR BERPADA......
Allah menduga manusia ini dalam pelbagai bentuk... kaya raya, miskin, senang, susah, pemurah, kedekut dan macam-macam lagi.. dugaan yang didatangkan sebenarnya menguji keimanan kita.. dari situ lah Allah sediakan syurga dan neraka.. berbuat baik dan mendapat pahala.. insyaAllah syurga Allah terbuka luas untuk kita... Jika kita baru berniat untuk buat baik dan mendapat redha Allah, malaikat dah catatkan kebaikan kita... namun niat berbuat jahat tidak akan dicatat sehinggalah kita melakukannya..
sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah, kita boleh berfikir mana yang baik dan buruk..
rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara...
sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah, kita boleh berfikir mana yang baik dan buruk..
rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara...
muda sebelum tua,
sihat sebelum sakit,
lapang sebelum sempit,
kaya sebelum miskin,
hidup sebelum mati.
Friday, 29 July 2011
SESUNGGUHNYA......
Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam....
walau berulang ku ucap...benarkah segalanya hanya kerana Mu?
solatku...masih sering terganggu...
ibadahku..masih banyak cacatnya...
hidupku...masih belum lurus halanya...
matiku...masih menjadi persoalan...
Benarkah segalanya hanya kerana Mu, ya Allah....

RAMADHAN MAKIN HAMPIR
Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)
Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)
Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)
Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

FAMILY TERSAYANG
MY WIFE-SITI HASLIZA
ANAKKU-SITI FATEHAH SYUHADA(ALONG)
ANAKKU-MUHAMMAD IRFAN HANIF(ANGAH)
ANAKKU-SITI NURDALILA HANI (ACIK)
ANAKKU-MUHAMMAD NAJMI FAEZ (ADIQ)
Subscribe to:
Posts (Atom)