Friday, 5 August 2011

SEDEKAH TANPA MODAL.......

Assalamualaikum,

Teman-teman ku. Kita digalakkan memperbanyakkan bersedekah.
Ketahui oleh teman-teman, sedekah yang semurah-murahnya adalah SENYUMAN.
Jadilah kita hamba yang tidak kedekut untuk bersedekah.
Contohi Rasulullah, apabila tiba bulan Ramadhan nabi adalah insan yang sangat permurah. 
Sama-samalah kita menaburkan senyuman kepada hamba-hamba Allah dimuka bumi ini
jika itu saja yang termampu kita berikan.
Banyakanlah Senyuman, pahala mengiringi teman-teman.

SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan
perhiasan lahir yang tidak sempurna. Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.

SENYUM yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

SENYUM harus ada ketululusan.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.

Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot.
Bayangkanlah !!!

SENYUM juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia. Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan. Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.

Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak muliakan? Muliakan dengan diri kita. SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini.

Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu. Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM. Semasa bekerja, semasa belajar,SENYUMlah.

Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan. Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah ketawa yang sopan itu sehat.

Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak.
Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya."

 Hanya ni yang mampu ku berikan untuk berkongsi bersama teman-teman, untuk dijadikan amalan.
Semoga kita menjadi hamba yang murah dengan senyuman....

Waallahaulam

No comments: