Tuesday 28 July 2009

mutiara kata indah hanya milikMU

.....bukan mudah memiliki apa yang diingini dalam hidup..
selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya.....


Jadilah yang tebal itu IMAN..
yang nipis itu LIDAH..
yang tajam itu AKAL..
yang lembut itu HATI..
yang ringan itu SOLAT..
yang halus itu ILMU..
......dan yang manis itu KHUSYUK......


Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat....

‎"Aku adalah pengembara yang mencari kebenaran. Aku adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusian. Aku adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmorni di bawah naungan Islam yang murni" -Hassan al-Banna-

Ya Allah, Ya Rabbi,,ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta, berfikir sebelum bertindak, santun dlm berbicara, tenang ketika gundah, diam saat emosi, bersabar dlm setiap ujian. Meski kami tidak selembut Abu bakar Ash-Shidiq, tak sebijak Umar bin Khattab, tak sedermawan Ustman bin Affan, pun sederhana Bilal. Namun jadikanlah IKHLAS dlm diri kami pd semua ketetapan-Mu. Aamiin

Tidaklah hasil tuaian lidah manusia itulah yang menghumbankan muka mereka kedalam neraka"-
hadith riwayat Tirmidzi, An-nasai, Ibn Majah dan Ahmad."


Andai cermin itu bayangan wajah, maka akhlak itu bayangan peribadi, andai pengetahuan itu bayangan ilmu, maka taqwa itu banyangan iman....


‎" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah: 212]


Kebaikan Dibalas Kebaikan, Kejahatan Dibalas Senyuman,Sayang pada yang ikhlas, cinta pada yang memahami .....

Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani.............

Ilmu Allah tersangat luas seumpama mencelup sebatang jarum di lautan. Air yang terdapat di hujung jarum adalah ilmu yang dikurniakan Allah kepada manusia sebaliknya air seluas lautan itu adalah ilmu yang masih tersembunyi.

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

Tiada rasa ketuhanan jika tiada ujian…tiada rasa kehambaan jika tiada kepasrahan..tiada rasa pergantungan jika tiada kepayahan..
Tunjangkanlah resahmu di dada solat..himpunkanlah peritmu di genggaman doa..tutupi kekecewaanmu dengan ketakwaan…dan nilaikanlah kesucian hatimu dengan keikhlasan hati..
Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..jika keampunan yang didamba, gerbangnya setia menanti…Usah gusar dugaan di hadapan..andai hati nekad mengejar cinta Ilahi..
Pandanglah langit dengan binaannya yang kukuh…bintang dengan kelip-kelipnya..matahari dengan sinarnya..tata suria dengan susunannya..bulan dengan cahayanya..angkasa dengan pelanginya..setiap ciptaan Allah mempunyai keindahan tersendiri..biarlah hari-hari berbuat sesuka hatinya..terimalah segala ketentuan yang muktamad dengan berlapang dada..semoga rasa kesyukuran menjadi penghias setiap hamba Nya..
Pesan pada diri..tabahkan hati kuatkan semangat..pesan pada hati kukuhkan iman, banyakkan zikrullah…pesan pada naluri, jangan mengeluh, jangan kecewa..teruskan perjuangan hingga ke akhirnya..

 

Thursday 2 July 2009

KATA-KATA INDAH

"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."

"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab."

"Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."

"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar

"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak."