Thursday, 4 August 2011

IMAN.............

Iman seperti pohon yang mempunyai 7 dahan...
·         Dahan yang berpangkal pada hati, buahnya ialah kemahuan kepada yang benar dan sihat.
·         Dahan yang berpangkal pada lidah, buahnya ialah berkata-kata yang benar.
·         Dahan yang berpangkal pada 2 kaki, buahnya ialah suka mendatangi solat berjamaah.
·         Dahan yang berpangkal pada 2 tangan, buahnya ialah sedekah dan derma.
·         Dahan yang berpangkal pada mata, buahnya ialah titisan air mata taubat penyesalan.
·         Dahan yang berpangkal pada perut, buahnya ialah makanan yang halal dan tanpa syubhat.
·         Dahan yang berpangkal pada jiwa, buahnya ialah meninggalkan nafsu syahwat.

Wednesday, 3 August 2011

PUTARAN KEHIDUPAN......

Setiap kali kita mengangkat kaki melangkah ke hadapan, setiap kali itu jugalah kita akan meninggalkan satu kesan tapak kaki dibelakang. Itulah kehidupan, korbankan apa yang ada di tangan untuk mendapatkan apa yang diimpikan. You have to pay for everything you want.


Kadang-kadang, kita terlalu sayang untuk mengorbankan apa yang kita ada demi sesuatu yang baru. Namun, putaran kehidupan serta fitrah alam memaksa diri untuk melepaskan sesuatu pergi dari hidup ini demi menerima sesuatu yang baru. Putaran ini akan berulang dan terus berulang bersama berlalunya usia, cuma hadir dalam bentuk berbeza.


Kita seharusnya akur, apa sahaja yang ada disekeliling saat ini adalah bersifat sementara. Segala yang ada dikiri dan kanan, sama ada bernyawa atau tidak, sedang menunggu saatnya untuk beralih dari kehidupan kita. Kita juga begitu, sedang menunggu saat beralih ke dunia tidak bernoktah.


Dek kerana sifat sementara yang ada pada setiap ciptaan itu, belajarlah untuk menghargai segala yang kita masih ada. Tapi sayangnya, manusia ini mudah lupa. Lupa untuk menghargai apa yang dekat dengannya, namun bila yang dekat dan selalu ada itu hilang, baru hendak melatah tidak keruan, menyesal tak berkesudahan. Kadang-kala, enggan pula melepaskan hak milik sementara itu pergi. Bersedih hati laksana dunia sudah dihujungnya disaat apa sahaja yang disayangi sudah tiada lagi. Itu sifat semua benda, sementara! Belajarlah untuk menerimanya.


Ingatkanlah diri, segalanya pasti akan pergi. Syukurilah nikmat yang kita ada kerana kita tidak tahu bila nikmat berganti bencana. Hargailah setiap insan yang ada di sisi kerana kita juga tidak tahu, siapa antara kita yang akan pergi dahulu. Dan andai ada insan-insan yang bermakna ingin melangkah jauh ke hujung bumi, lepaskanlah dengan rela hati. Cukuplah sekadar dikenang dalam lipatan memori, kerana setiap insan yang pernah hadir dalam hidupmu pasti akan meninggalkan secalit warna kenangan dalam kanvas lukisan kehidupan. Tidak perlu untuk dipadam. Calitan itu kelak akan menjadi pedoman. Usah ditangisi insan yang ingin pergi, kerana yang baru akan datang mengganti
membawa adunan warna yang lebih beerti. Jangan khuatir pada ketentuan Ilahi kerana setiap takdir Tuhan ada rahmat yang tersembunyi.
Yang penting, hargailah apa sahaja yang ada disisi saat ini, sebelum ia pergi tak kembali…



…rupanya, Dia hilangkan kaca untuk kudapatkan permata..

KASIH IBU BAWA KE SYURGA, KASIH ISTERI TENANG DI JIWA......

Salam,
Hati belum mengerti mengapa perasaan sayu tika bertolak pulang ke rumah hari itu? Sayup dilihat si Ibu mengesat air mata memerhatikan nun anaknya pulang menunaikan tanggungjawab diperantauan.
“Hai, hati kenapa menangis? Bukankah ini ketentuan ilahi? Adakah daku tidak pasrah dengan pemergian ini?” Bisik hati si Ibu.
Si ibu cuba mententeramkan hati nan rindu ini.
“Anakku, jangan dilupa ya jalan pulangmu ini. Inilah rumahmu. Disinilah dikau dilahirkan, ditatang,dibelai,disusui,didodoi dan lain lagi.
Anakku, jangan alpa dengan perintah ilahi. Jauhi segala yang dilarangi.”
Si anak meluncur laju membelah angin. Didalam hati siapa yang tahu.Gundah gulana memendam rindu.
“Sedih hatiku oh ibu. Dikaulah ibu,dikaulah sahabat,dikau jugalah bank dan penggerak diri. Siapalah daku tanpa dirimu”
Si anak memejam mata mengubat hati nan lara.
Dikala itu si isteri mula terasa.Duka nestapa melihat si dia.Kasih dan pilu melihat tersiksa.
“Duhai raja ku, jangan begitu.Diikat kita supaya bersama.Jangan dipendam hati yang lara.Luahkan pada dinda yang setia.Insya Allah dipermudah bersama.
Duhai suami ku yang penyayang, jangan begitu.Tidur kita dikatil yang sama.Biar mimpi kita serupa.Banyak2 lah berdoa agar dilega. Insya Allah semuanya ditunai Yang Maha Esa.
Duhai ayah kepada anakku,jangan begitu.Inilah ia janji setia. Susah dan senang biar bersama.Agar kiri dan kanan tetap bersatu.”
Baru sekarang tenang rasa hati ini.Melihat diri yang mula merindui ke Yang Maha Esa. Agar diperkenan taubat Nasuha.Ampunilah diri ku ini, ibubapaku, isteriku, anakku, keluargaku,muslimin muslimat…
“Allahummaghfirli zunibi waliwalidaiyya warhamhuma kama rabbayani soghira

Tuesday, 2 August 2011

KETAHUILAH ANAK-ANAK AYAH

Bila embun pertama menyatukan kedinginan,
Ingatlah ayah yang berdendam dengan impian.

Bila kokok bersatu  menyambut pagi,
Ingatlah ayah yang menjerit memanggil rezeki.

Bila sinar pertama jatuh di laman mainan,
Ingatlah ayah yang leka menyusun perjuangan.

Bila matahari mula membakar hangat,
Ingatlah ayah yang hangus dalam semangat.

Bila fajar berlabuh mengakhiri senja,
Ingatlah ayah yang larut dalam kembara.

Bila kau lihat bulan penuh di langit malam,
Ingatlah ayah yang sentiasa mencintai dan merindui kalian…

Keletihan ayah dan ibu terubat apabila melihat kejayaan
anak-anak ayah menguasai ilmu dunia dan akhirat.........
menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.......

SEMENTARA ADA, BIAR BERPADA......

Allah menduga manusia ini dalam pelbagai bentuk... kaya raya, miskin, senang, susah, pemurah, kedekut dan macam-macam lagi.. dugaan yang didatangkan sebenarnya menguji keimanan kita.. dari situ lah Allah sediakan syurga dan neraka.. berbuat baik dan mendapat pahala.. insyaAllah syurga Allah terbuka luas untuk kita... Jika kita baru berniat untuk buat baik dan mendapat redha Allah, malaikat dah catatkan kebaikan kita... namun niat berbuat jahat tidak akan dicatat sehinggalah kita melakukannya..

sebagai manusia yang dianugerahkan akal fikiran oleh Allah, kita boleh berfikir mana yang baik dan buruk..
rebutlah 5 perkara sebelum datang lima perkara...
muda sebelum tua,
sihat sebelum sakit,
lapang sebelum sempit,
kaya sebelum miskin,
hidup sebelum mati.

Friday, 29 July 2011

SESUNGGUHNYA......

Innasolati...sesungguhnya solat ku...
Wanusuki...dan ibadahku...
Wamahyaya...dan hidupku...
Wamamati...dan matiku...
LillahiRabbil 'alamin...kerana Allah Tuhan sekalian alam....

walau berulang ku ucap...benarkah segalanya hanya kerana Mu?
solatku...masih sering terganggu...
ibadahku..masih banyak cacatnya...
hidupku...masih belum lurus halanya...
matiku...masih menjadi persoalan...
Benarkah segalanya hanya kerana Mu, ya Allah....

RAMADHAN MAKIN HAMPIR

Nabi bersabda, "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadhan ke Ramadhan, adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa-dosa besar.” (HR Muslim no: 233)

Nabi saw. bersabda, "Sesiapa sempat bertemu bulan Ramadan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauhlah dia dengan Allah" (HR Ibn Hibban)

Nabi saw. bersabda, "Telah datang kepadamu Ramadan, bulan berkah, Allah mewajibkan kamu berpuasa, pada bulan ini pintu-pintu syurga dibuka dan pintu-pintu Neraka ditutup, syaitan diikat, dan di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan. (HR Imam Ahmad dan Imam Nasa’i)

Nabi saw. bersabda, "Apabila tiba bulan Ramadan maka dibuka pintu-pintu rahmat." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda, “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan ikhlas mengharapkan pahala dari Allah, maka dosanya yang lalu akan diampun oleh Allah.” (HR Bukhari)

FAMILY TERSAYANG

MY WIFE-SITI HASLIZA

ANAKKU-SITI FATEHAH SYUHADA(ALONG)

ANAKKU-MUHAMMAD IRFAN HANIF(ANGAH)
ANAKKU-SITI NURDALILA HANI  (ACIK)
ANAKKU-MUHAMMAD NAJMI FAEZ (ADIQ)

Thursday, 28 July 2011

ALLAH SUKA

Dari Anas bin Malik r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid (Alhamdulillah) sesudah makan dan minum." (Sahih Muslim)

Allah sangat suka bila kita memujiNya.

Allah sangat suka bila kita ingat kepadaNya.

Allah sangat suka bila kita meminta minta kepadaNya.

Allah sangat suka bila kita menyahut seruanNya.

Allah sangat suka bila kita menjauhi laranganNya.

Allah sangat suka bila kita menjunjung perintahNya.

Allah sangat suka bila kita menyembahNya.

Allah sangat suka bila kita sujud kepadaNya.

Allah sangat suka bila kita menyedari kita adalah hambaNya.

Doa Memohon Ketaatan Pada Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Dan Penyayang  " Ya Allah, hidupkanlah hati kami dengan berserah pada-Mu, dengan ketaatan pada-MU dan zikir mengingati-MU, serta dengan menurut dan mengesakan-MU" 

RINTIHAN QALBU

Rintihan Kalbu....(syair imam syafie)

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha
Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit
perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai
jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan
menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat
dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta
hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah
dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan
kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang
telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari
kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di
hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku
tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku
ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati
Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia
ini dia membisu

يـقــول:
حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah
tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat
bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap
aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan
berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan
kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba
adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia.